Khamis, 17 Jun 2010

My Dream Wish

Sepatutnya "wish list" ni kita letak pada awal-awal tahun. macam target apa yang kita nak pada tahun tu. tapi takpe lah. bila-bila pun boleh je kan nak letak. dari takda langsung. ye tak? kat bawah ni adalah sebahagian barang-barang besar dan memerlukan banyak fulus untuk dapatkannya. yang aku target nak dapat dalam tahun ni. ingat, okeh. tahun ni.. 2010. hee....
tin,tin, pon,poonn..hee...First, kereta. Aku wish nak kereta lain. aku nak kereta Vios TRD Sportivo warna putih. smart siot. tapi takpa lah. yang penting kita membeli ikut kemampuan. nanti punya lah nak ikut sangat nafsu-nafsi ni, ada gak yang tak makan kang. So, untuk kecil-kecilan, kita pilih la kereta nasional. so target aku, Viva Elite Standard 1.0 warna kelabu. InsyaALLAH, dapat ni.




















Kedua, okey tak telefon ni..aku mengidam je nak beli..tapi tak dapat lagi nak beli..selalu je sengkek. tau tak apa yang aku suka sangat kat telefon ni?

1. model
bentuk ada la macam ala-ala blackberry. skali pandang memang macam blackberry padahal, ni jenama blueberry, okeh? tapi kau perasan ke blueberry ke? blackberry ke? takde kan?

2.unik.
nak tau kenapa telefon ni unik? sebab nya, kalau dalam keadaan mode lalai (default mode)
bentuk dia macam bedak compak johnson n johnson tu. lepas tu kat belakang dia ada cermin.
haa...tak payah la susah-susah kan nak betulkan tudung kat cermin kereta orang. sekali orang tu bukak cermin and sergah kau, terus kau pengsan,kan? paling koman pun, malu. apa jenis?

3. murah
tak macam blackberry yang harga dia beriban-riban tu. ini compaq powder murah je beb.

bila la aku boleh beli,kn? takpa..kita letakkan dia sebagai.."my wish list.." satu hari mesti dapat,kn? tunggu ea..



















***kamera digital

aku takde lagi beb kamera digital.harap kat hand phone je. tak pun menumpang kat kamera orang. tu aku suka la. sebab interframe lebih,kn? kalau boleh nak dari jenama canon. sebab kawan aku pernah bagi nasihat. kalau nak beli kamera, biar beli dari provider yang memang establish dalam membuat kamera. so sapa lagi kan yang boleh percaya? Canon la. Apa? ada banyak lagi provider kamera? ha la..aku tahu. tapi aku nak jugak jenama ni. kalau dah ada yang ni, aku nak yang DSLR pulak. tapi kalau ada duit lebih, nak belikan untuk "budak kecik" tu. hee...


Keempat, aku nak upgrade lappy lepat aku nih. Compaq Presario CQ40. Abah aku bagi selepas lima tahun berjanji nak belikan aku laptop. Terima kasih abah. hee... nak upgrade sikit. kasi up RAM jadi 3GB, lepas tu gantikan windows dia dengan Windows 7 Professional yang original punya! Geram tol pakai yang pirate. Nak guna wallpaper pun tak boleh. hitam je wallpaper aku ni. kesian,kan? Lepas tu beli external hard disk 640GB. Ok tak? kawan aku dah offer dah tadi. 640GB RM 200. ok kan? Ok sangat tu!


aku harap, lepas ni aku pejam mata, bayangkan benda ni aku dapat tahun ni, ada pari-pari sikit,bintang-bintang sikit, lepas tu mesti dapat,kan? hee...

**amboi..banyak nya kau punya pari-pari...kalau nak, usaha la kan? kerja lebih sikit, menabung sikit, jimat sikit, paw sikit, baru lah boleh dapat! huhuhu



Tiada ulasan: