Rabu, 16 September 2009

hidup 2

seorang teman semalam bertanyakan soalan pada aku..
"cukupkah dengan apa yang telah kau kecapi sekarang ni?
hanya setakat ni je ke?"

dulu waktu tgh belajar aku susun jadual hidup aku pada 5 helai kertas perancangan hidup..
""you are what you think" kata seorang sahabat.. betol.. aku setuju dan sangat setuju dengan kata-kata dia. sebab satu-satu peluang dan impian aku aku berjaya perolehi dan jadikan nya kenyataan. "bila kita fikirkan sesuatu dan berusaha ke arah nya, Allah akan bukakan jalannya" sekali lagi aku bersetuju dengan kata-kata beliau.

sekali lagi waktu belajar dulu. aku plan kemas-kemas jadual hidup.. ikut turutan dan jadual, berdasarkan sela masa dan bermacam-macam lagi.. pas belajar nak keje, nk p kursus ni, nk p kursus tu, nk buat tu, nk buat ni..macam2 lagi la..sekarang ni..aku dah keje..nk p kursus tu..dah pegi..kursus ni pon dah pegi jugak..nk buat tu..dah buat..nk buat ni..pon da buat jugak..so, lepas semua ni kene wat planning lagi..

"gagal merancang bermakna merancang untuk gagal" petikan dari kata-kata Dr Syukri Abdullah waktu aku mengikuti kursus motivasi kat sekolah dulu, aku semat kemas dalam hati aku.

"aku tak pernah merancang..and hidup aku ni, aku jadikan ikut flow jer.. what's come next, itu yang aku ikut.." kata-kata seorang teman yang lain.

ada jugak orang yang macam tu. hidup just ikut flow.. pada aku orang yang macam ni, bersikap bebas dan merdeka tapi agak merbahaya. kenapa? kau pikir la sendiri..asyik aku je nk pikir..huahuahua..




**5 tahun lagi aku ada kereta vios. amacam?

Tiada ulasan: