Rabu, 16 September 2009

hidup 2

seorang teman semalam bertanyakan soalan pada aku..
"cukupkah dengan apa yang telah kau kecapi sekarang ni?
hanya setakat ni je ke?"

dulu waktu tgh belajar aku susun jadual hidup aku pada 5 helai kertas perancangan hidup..
""you are what you think" kata seorang sahabat.. betol.. aku setuju dan sangat setuju dengan kata-kata dia. sebab satu-satu peluang dan impian aku aku berjaya perolehi dan jadikan nya kenyataan. "bila kita fikirkan sesuatu dan berusaha ke arah nya, Allah akan bukakan jalannya" sekali lagi aku bersetuju dengan kata-kata beliau.

sekali lagi waktu belajar dulu. aku plan kemas-kemas jadual hidup.. ikut turutan dan jadual, berdasarkan sela masa dan bermacam-macam lagi.. pas belajar nak keje, nk p kursus ni, nk p kursus tu, nk buat tu, nk buat ni..macam2 lagi la..sekarang ni..aku dah keje..nk p kursus tu..dah pegi..kursus ni pon dah pegi jugak..nk buat tu..dah buat..nk buat ni..pon da buat jugak..so, lepas semua ni kene wat planning lagi..

"gagal merancang bermakna merancang untuk gagal" petikan dari kata-kata Dr Syukri Abdullah waktu aku mengikuti kursus motivasi kat sekolah dulu, aku semat kemas dalam hati aku.

"aku tak pernah merancang..and hidup aku ni, aku jadikan ikut flow jer.. what's come next, itu yang aku ikut.." kata-kata seorang teman yang lain.

ada jugak orang yang macam tu. hidup just ikut flow.. pada aku orang yang macam ni, bersikap bebas dan merdeka tapi agak merbahaya. kenapa? kau pikir la sendiri..asyik aku je nk pikir..huahuahua..




**5 tahun lagi aku ada kereta vios. amacam?

Selasa, 15 September 2009

soalan feveret bila....

bila nak raya...

bila da dekat2 nak raya mmula la hidup orang kelam kabut..
mn nk kemas rumah, baju raya, kueh raya, semua nye psal raya.
and yang paling aku x tahan, cakap pon sume berkisar pasal raya..
x caya?
caye la..
caye la wei..

korang tgk,k..ni soalan2 yang selalu di tanya oleh makcik2 di sekitar chow kit.
kt tmpt laen xde kot..huhuhu

1. raya cuti x? berapa hari?

2. baju dah siap? tempah kt mana? acik belakang tu jahit sedap btol kalo pkai..rase mcm x pakai baju.. (ye ke? leh caya ke? bahaya tol!!)

3. raya ni balik mana?

4. tiket dah beli lom? smlm kt berita tiket ke pantai timur sold out.. baek beli cepat

5. byk buat kueh?

6. aduyai.. x sempat ni nk tukar duet.. nk bagi brape ye duet raya kali ni?

7. raye ni balik naik ape?


da la tu..cukup takat ni dulu..



**balik ni nak naik ape? huhuhu

hidup ini...

pembangunan..kenaikan taraf hidup..teknologi..kecanggihan..tu la yang sering kita dengar dalam berita sekarang..hidup dalam kota metropolitan mcm Kuala Lumpur ni memang penuh cabaran..tak terduga cabarannya.. x macam bandar Batu Pahat waktu zaman aku belajar dulu..

duduk di kota ni..aku tengok manusia dah jadi pelik..?(mungkin aku pon dah jadi pelik sebab duduk kt kota..) semakin hilang perikemanusiaan, stress, depress, gila, wang, wang dan wang.. hidup kelam kabut.. tu pada mata aku la..maaf la kalau aku silap.. tapi apa aku pedulik ngan cakap korang..ade aku kisah?

dulu beriya la aku mengutuk kota nih..bising, habuk, taraf hidup tinggi..and now..dengan hidup di dalam nya barulah aku rasa macam mana.. betol jugak.. tapi dah ada kat sini, nak buat macam mana.. hidup mesti diteruskan..

semoga keimanan yang di bina selama ini terus utuh dan semakin utuh..

**jiwa kacau..gaji x masuk lagi..huhuhuhu

Khamis, 10 September 2009

nuzul Quran

satu hari on the way nk p keje, aku terdengar perbualan nih..

LC: Hi Magesh..good morning
M:Hi,Wong (aku men bantai je nama nih). Morning to0..
LC:KL got a bad traffic yesterday..Why, ha? Selengor also get a public holiday, rite?
M: Ya..Selengor got holiday but KL not.
LC: Why, ha? Why Selengor holiday?
M: Its something about the Quran. that why we got holiday yesterday. but only in certain state in Malaysia.
LC: oo..I see..
A: (Jgn la tnya aku psl bende tu..) Tibe2 aku cuak..ape kes??

Legend:
LC:Lelaki Cina
M:Magesh
A:Aku

Isnin, 7 September 2009

kawan kerana utk mendapatkan sesuatu atau ikhlas?

hurm..semalam ada seorang member aku ni tnye soalan tu..kau kalau berkawan sebab nk dapatkan sesuatu ke ataupun ko ikhlas..and aku pon dengan ikhlasnya jawab la.."mestilah aku ikhlas." "ye ke?" soal dia balik.."ya la..abeh tu sebab apa lagi?"

maka beliau pun berkata...membuka topik perbincangan kami tengah hari tu..skrg ni ramai yang berkawan utk kepentingan diri sendiri..yup, aku setuju dgn kata-kata beliau..susah kn nk dapat sahabat yang betol2 ikhlas tanpa mengharapkan balasan dari kita? setiap hari cabran semakin banyak datang menduga nilai akal dan diri. semakin hari semakin hilang rasa kemanusiaan di sanubari manusia. mcm tu jgk dgn berkawan..

then, kami berdiskus lagi..beliau memberikan contoh..let say kawan ko tu ade kereta. nk pegi kelas jauh, so, untuk menyenangkan ko, mestilah ko cuba berbaik dan akhir nye menjadi kawan.. pastu senang la ko p kelas..x pyh lagi naik bas..ini contoh "berkawan untuk mendapatkan sesuatu" sambung beliau lagi..ya..secara logik nya aku bersetuju..tapi setakat ni aku x penah buat lagi kot..agak nya..mungkin ada tapi dalam keadaan kurang sedar..minta maaf kt kawan2 andai korang penah rasa aku menggunakan korang utk kepentingan aku..

then aku menyanggah.. xkan sampai mcm tu skali..aku x kn cube berbaik hanya melihatkan beliau mempunyai kereta.. tapi kalau dia dah ada kemudahan, ape salah nya kalo aku tumpang. sesekali tumpang, n sesekali hulurlah sikit duit minyak..org berbudi, kita berbahasa..x kan aku sesedap oren jer meletakkan punggung ku ini kt kusyen empuk kereta dia..ha...itu, dah kategori "berkawan untuk sesuatulah, aini..ko ni cuma tukar term jer.." "aiyak..aku pon dalam kategori tu jgk ke?" last2 aku diam..memandang jauh ke sisi luar tingkap dan berfikir..selama ni aku berkawan utk kemudahan aku ke??

tapi aku still memegang prinsip aku..berkawan dengan ikhlas, tanpa mengharapkan sesuatu daripada mereka..kalau kita ikhlas, orang akan nmpk keikhlasan kita tu walaupun kita x canang kn nya..."barang siapa yang menuai, dia yang akan beroleh hasil"

p/s: sapa nak kawan ngn saya..angkat tangan..heee....