Selasa, 3 Ogos 2010

buku

Kadang-kadang terlintas jugak kat hati ni. Andai kata seseorang inginkan aku jadi seorang pendengar, adakah aku mampu untuk jadi seorang pendengar yang baik? Andai kata seseorang mahukan aku jadi seorang yang boleh jadi tempat bergantung, boleh kah aku jadi yang terbaik.

Sejujurnya, aku cuba untuk jadi yang terbaik untuk semua orang. Menghadirkan diri apabila diminta, memberikan telinga untuk mendengar, memberikan bahu untuk sama-sama galas beban yang dipikul, menjadi kunci untuk rahsia-rahsia yang tidak boleh dibongkar dan macam-macam lagi. Kadang-kadang di saat menjadi yang terbaik, tergelincir jugak. Dan aku sedar tidak semua aku mampu lakukan. Andai ada yang minta nasihat, adakah nasihat aku berguna dan betul? Andai ada yang minta pendapat, bernaskah pendapat aku? Andai ada yang minta kata-kata peransang, cukupkah kata-kata itu untuk membuatkan mereka kuat? Adakah kata-kata itu betul?

Aku cuma mahu jadi yang terbaik

Andai aku bukan yang terbaik..Maafkan aku..



**untuk mereka yang berada di sekeliling, aku sayang semuanya. Dan tiada satu pun yang tertinggal



**credit to google