Isnin, 30 November 2009

cant speak

"berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul"

sayu sangat bila raya kali ni. tak tahan aku tengok muka mak. terlalu banyak penderitaan yang dia tanggung. aku pun tak sekuat mak. malahan aku juga tak setabah dan sesabar mak.

satu persatu penderitaan mak rungkaikan pada hari tu. dan satu persatu juga air mata aku ni jatuh bila mendengar semua pengakuan mak. Ya Allah, berikan nya kekuatan menghadapi dugaanMu. aku terlalu sayang pada ibuku. Biarlah sabarnya menjadi pendinding dan kekuatan dirinya. dan semoga ujian yang ditempuhinya hapus ibarat butiran pasir yang ditiup angin. Amin Ya Allah. perkenankan Ya Allah.

Jumaat, 6 November 2009

N9 vs Kelantan..

waa...buat pertama kalinya aku betol-betol teruja nk tgk Negeri Sembilan vs Kelantan..kalo korang tanya aku sape yang menang rase2 ape jawapan yang seronok aku nk jawap ngn soalan korang tu? hehehhee...mstila N9!!! wahahahha...

apa-apa pun kita nantikan hari perlawanan tu nanti..hope Negeri Sembilan leh menang..