Saya ada sorang kawan. Kita dah kenal rasa-rasa nya dekat lima tahun. sejak tahun 2005 waktu kat universiti. First time tengok dia. "Alahai, napa la kurus sangat dak nih" pastu ditakdirkan kita satu group orientasi pulak. Waktu LDK (latihan dalam kumpulan) dia ni aku perhatikan kalau duduk memang tegak giler. "uiks. Napa gitu ek? tak penat ke?" sebab time tu aku baru pas tiru gaya dia duduk. penat seh. aku tak tahan..hahahhaha..
So, masa pun berlalu, kita berdua pun baik. pergi kuliah sama-sama. time tu naik van kapok je. hee.. pergi makan sama-sama, buat assignment sama-sama. Hang out sama-sama. Boleh dikatakan kebanyakkan aktiviti kita buat bersama.
Dalam banyak-banyak peristiwa, ada satu peristiwa ni memang aku tak boleh lupa langsung. Serius, aku terhutang and sangat-sangat appreciate tindakan dia time tu. Time tu aku gaduh dengan seorang coursemate aku. Aku yang lembik ni dah nangis-nagis da. Then, aku pun pergi la umah dia kunun nya nak mengadu. Tak tahu pulak time tu dia tengah tidur. So, aku pun masuk bilik dia, kejutkan dia tidur. Dia pun dengan muka blur dan terkejut, terus bangun. Aku pun cerita la bla,bla,bla..And dia....."jom Aini!.." korang tau tak apa dia buat?
**p serang itu mangkuk,k..
Korang tak tengok muka dia. And paling aku kagum, dia nak p belasah budak tu. huhuhuhu.. Serius, aku appreciate sangat kt ko. wuwuwuwu...
Banyak benda dia buat untuk aku. Lagipun antara aku dengan dia, dia ni jenis agresif sikit. So, papehal, mesti dia ni lebih update sikit dari aku. Aku pulak, follow je. heee..lembab sikit aku nih.
Lepas tahun 2 kat Universiti, kita pun diberi pilihan untuk pilihan majoring masing-masing. Dia lebih kepada multimedia, aku pulak amek networking. Tapi kita still dok dalam 1 bilik yang sama. So, macam-macam hal gak time dok umah sewa. hee...Dari nak pindah, macam orang giler nak cari umah, cari teksi nk angkut barang-barang, kena kacau kat hantu, kena kacau kat orang giler seks, masak sama-sama, beli barang sama-sama. Haish banyak beno benda kita buat sama-sama.
Lepas habis study ingatkan dah susah nak jumpa dia. Sebab time tu aku kat KL, dia pulak kt Terengganu. So, macam payah la nak jumpa,kan. Silap-silap time salah sorang kawin, baru lah leh jumpa. Tapi tak lama lepas tu, dia dapat offer kerja kt KL. So kita pun jumpa la semula. Cam reunion. heee.. Then untuk satu jangka masa, kita pun duduk semula sama-sama. Menyewa bilik itewww...hee..
Tapi sekarang aku dah tinggal sorang. Kehidupan juga harus diteruskan untuk kebaikan masing-masing. Now, job U dah meletopz,u'olzz. Aku tumpang gembira untuk dia. Alhamdulillah, Lepas semua rintangan dia lalui, akhirnya, bertimbun-timbun rezeki Allah bagi kat dia. Syukur.
So 25 June ni birthday dia. Kebetulan sama tarikh dengan birthday abah. (nanti akak post entry untuk abah pulak...) hee...
Ok. Cik Nurul Illyiana aka Cik Nana, Happy Birthday yang ke 18. Semoga panjang umur, murah rezeki. Aku doakan semoga rezeki ko terus melimpah ruah. Dijauhi dari bala bencana, kesusahan, dan kesedihan. Semoga cepat jodoh dengan iteewww yincik tunang. hiks. Friends Forever. Cayang kamo..muaxx..

**aku grab gambar ko dari fesbuk..ngee~~